Daisypath Anniversary tickersDaisypath Friendship tickersDaisypath Friendship tickers

Raya 2011 Part 2

Hari ke-2 selepas beraya di sekitar Melaka aku dan En. Hubby terus bergerak ke kampung aku pula... Mana lagi kalau bukan di Batu Pahat.. Kampung mak aku.. Petang itu aku sampai dahulu ke kampung sebelum familyku... Kami pula yang menyambut ketibaan mereka di sana.. hi hi..

Aku tahu en. Hubby dah amat keletihan hari tu, dari wajah dan reaksinya saja aku sudah tahu.. Maklumla raya ni bukan takat beraya di rumah saudara atau jiran tetapi jalan raya juga beraya.. Sesak dan penuh dengan tetamu.. Tapi kerana mood beraya masih ada malam tu kami pergi juga beraya di rumah saudaraku. Mujur hanya satu rumah saja...

En. Hubby masih lagi kekok dengan keluarga-keluargaku.. Sebab dia jarang berjumpa dengan keluargaku yang lain. Dan mungkin sifatnya yang pemalu seperti aku.. Chewah~ kenyataan tu... Walaupun dia malu-malu kucing tapi dia ni pandai berkata-kata.. Tak seperti aku.. Blank memanjang je... hi hi..

Raya ke-3 kami pulang semula ke rumah mak dan abah.. Fuh, baru boleh rehat sikit... Walaupun sisa kepenatan raya tu masih ada... Tapi oklah dapat kembali ke rumah semula.. Lebih relaks dan punya privasi sendiri...

Tapi aku tak sempat nak bergambar.. hu hu.. Sebab aku ni jarang nak pegang kamera/hp 24 jam.. Aku lebih suka posing dari mengambil gambar.. Jadi bila takde jurugambar tak profesional ni.. Jadi semua terlupa.. Next year aku kena ingatkan diri aku... It must!!

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogwalking View... Taraaa.. ♥