Daisypath Anniversary tickersDaisypath Friendship tickersDaisypath Friendship tickers

♥ Album Kami Siap!! ♥



Hah, akhirnya siap juga album outdoor aku di Johor... 4 bulan juga menunggu... Tapi alhamdulillah akhirnya siap juga kan.. Dari tak dapat memang hangin satu badan la nampknyeee.... Tak perlu cakap banyak di sini... So enjoy!!


Tak sesuai jadi model.. Fail~ hi hi


Dah penat pakai wedding dress... hi hi...

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

♥ Kisah Lucu HoneyMadu ♥

Tiba-tiba rasa macam nak cerita pula pasal hal yang kami alami ni.... Memandangkan post HoneyMadu sebelum ini panjang lebar so terpaksalah buat lagi satu post.. hi hi...

Seperti yang semua tahu, kitorang ni first time naik transport awam kat Singapore tu ditambah pula pengetahuan memang takde. Nak dijadikan cerita nak balik ke JB semula masa tu dah jam 9 lebih... Kaki pun masa tu da sakit sangat.. Dah tak larat nak berjalan kalau ikutkan hati dan perasaan ni. Rasa nak duduk je.. Tapi sebab lagi sedikit je perjalanan kami, aku teguhkan juga hati ni...

Kami tiba di Kranji MRT tuk tunggu bus balik JB.. Masa tu tengok panjang betul orang beratur nak naik bus... Aku dan En. Hubby terpinga².. Diorang naik bus apa ni? Disebabkan dah panjang yang amat sangat kami pun terus la beratur juga.. Tapi hati ni masih lagi tertanya²... Nak tanya dengan orang masa tu pun da tak larat... Tapi En. Hubby suruh juga aku cari makcik² melayu.. Senang sikit nak bercakap.. Nak cakap BI ni aku dah malas nak pikir maklumla english education tak tinggi mana... hi hi..

Dari belakang sampai la ke depan aku cari makcik.. Akhirnya jumpa sorang makcik dengan kawannya... Tanpa segan aku terus je tanya makcik tu...

Aku :"Makcik ni beratur nak ke mana?"
Makcik : "Awak nak ke mana?"
Aku :"Balik Johor..."
Makcik :"No. bus berapa?"

Tang dia tanya no bus tu aku da pening dah. Arh, sudah... manalah aku ingat no bus yang aku nak naik.

Aku :"Tak ingatlah cik...."
Makcik :"Bus warna apa?"
Aku :"Err...purple..putih.. yang nak ke johor tu..."
Makcik :"Sini nak naik bus kuning tu... Yang depan tu bus ke Woodland.."

Aku dah blur time ni... Pastu makcik tu pun cakap makcik nak ke Johor juga.. So aku rasa confirm la betul barisan tu nak ke Johor... Aku pun balik semula tempat En. Hubby... Lepas tu aku ada nampak bus kuning sampai tapi barisan aku ni taklah bergerak pula... Hati dah confius... Aku jalan ke depan semula.. Alih² tengok makcik tu dah beratur kat tempat lain... Dia nampak aku terus lambai² aku.. Aku apa lagi terus lambai en. Hubby yang kat hujung nun jauh kat belakang tu... Terus la kami berlari ke tempat tu... Sekali makcik tu pun salah beratur juga la tadi... Nasib baik kami tanya.. Kalau tak makcik tu pun tunggu je kat situ.. Hi hi...

Bermula dari situ mula la detik kami beramazing race dengan makcik tu.. Hi hi.. Bukan apa saja je nak hilangkan penat... Tula kan bila niat tu nak berlumba dengan makcik yang tak tahu kami nak berlumba dengan dia memang tak ke mana pun... Makcik tu memang the lucky person la...

Bila sampai di imigresen Singapore jammed.. Jadi kami pun turun awal macam yang lain.. Jauh la skit dari imigresen tu... Kononnye nak cepat.. Tengok makcik tu tak turun pun.. Relax je... Kami berdua jalan la sepantas yang bole... Tup tup tengok makcik tu dah turun kat depan... Pergh... makcik tu lagi cepat.. Kami pun cepatkan lagi perjalanan... Lintas la makcik tu... Sambil lintas tu sempat lagi aku tegur dia.. 'Makcikk...' sambil tersenyum... Time tu rasa kami da lebih depan dari makcik tu la... Tup tup kat atas salah kaunter la pula.. En. Hubby ni main terjah je pegi kaunter kosong bukan nak baca dulu sign tu.. Tengok² makcik tu dah beratur belakang kitorang.. Hebat!

Lepas siap tu terus turun nak pegi beratur naik bus... Alamak! ramainya orang... dan kami tak tahu nak beratur kat mana.. Ingatkan betul la laluan yang kami pilih. Sekali salah lagi da... Rupanya bus kami tempat orang yang tengah beratur panjang berjela tu... Terpaksa pusing balik... Uiks, makcik tu da kat depan da... 4,5 orang dari kami... Kami tergelak.. Kalah lagi dengan makcik ni... hi hi..

Masa nak naik bus ni... Sepatutnya kami naik satu bus yang sama... Tapi makcik ni tunggu kawan dia jadi dia tak naik bus yang sesak tu.. Aku dan En. Hubby naik la.. Masa tu En. Hubby cakap 'Yes, makcik tu kalah...." Aku cakap la "Jangan... Makcik tu makcik bertuah"... Lepas tu bus pun berjalan.. Tak sampai 2,3 depa bus tu parking tepi... Sekali driver nak pergi tandas da... Dekat 5 minit juga tunggu...

Tengok-tengok bus kat belakang kitorang dah jalan.. Dalam tu ada makcik bertuah tu lagi... Relax je muka dia.. Siap dapat duduk lagi.. Kami berdiri hokay!! Buat sekian kalinya kami ni tergelak lagi.. Memang kami tak boleh nak masuk amazing race la... Dengan makcik pun kami boleh kalah.. Inikan pula orang lain.. Ha ha..... Hakikatnya makcik ni tak tau pun niat kami....

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

♥ HoneyMadu Amazing Race : Singapore ♥



Setelah hampir 4 bulan kami bersama barulah aku dan En. Hubby dapat berjalan bersama... Setiap hari minggu kami penuh dengan aktiviti yang tidak terjangka. Kadang-kadang En. Hubby sibuk dengan kerjanya.. Kadang-kadang kami sibuk menjadi baby sitter.. dan hal-hal lain yang begitu padat untuk kami...

Jadi raya ke 4 akhirnya kami dapat meluangkan masa untuk membuat aktiviti kami sendiri. Walaupun ini bukan HoneyMadu yang terbaik dan diinginkan tapi aku bersyukur dapat ke tempat orang bersama orang yang aku sayang...

Pernah tengok amazing race kan? Rasanya percutian kami kali ini boleh dikatakan lagaknya seperti ini. Nak tahu kenapa? Sebab kami pergi ke sana 1 hari saja...

Jam 10 pagi kami bertolak dari rumah mak abah sampai ke larkin dalam jam 11 lebih. Setelah membeli makanan (penuh 1 beg galas tau) kami terus beratur nak naik bus. Bukan bus express hokay... Bus biasa je.. Tambang seorang RM1.80 jer... Okaylah tu kan? Bila naik bus ni satu je yang kite kena ada... Energy! Sebab kita akan berkejar semasa tiba ke imigresen. Lepas tu tunggu bus company sama tuk naik semula. Pastikan tiket bus jangan dibuang! Lepas tu kita akan turun semula di woodland tuk pemeriksaan imigresen singapore pula. Lepas tu tunggu lagi bus. Kalau nak berlenggang pun tak pe tapi disebabkan kami tak nak menginap di sana jadi kami terpaksa rushing. Lebih-lebih lagi ini pertama kali kami naik transport awam di tempat orang...

Kami turun di Kranji MRT selepas tanya dekat driver tempat MRT yang perlu kami turun. Selepas turun disitu bermulalah satu lagi explore race kami.... Jeng jeng jeng... Jenuh kami tengok peta MRT yang bersimpang siuh tu. Dalam peta takde pula tempat yang nak dituju... Camna ni?? Selepas siasat dengan makcik kaunter MRT tu aku dan En. Hubby pun beli tiket ke Dhoby Ghaut.. Disitu ada pertukaran MRT.. Kami tak pasti apa nama setiap MRT tu tapi ada 3 warna yang aku ingat... Maklumlah kami budak belajar jadi kami beli tiket sampai ke Dhoby Ghaut saja. Rupa-rupanya tiket yang sama boleh guna untuk semua train. Cuma klik saja penghujung tempat kita nak pergi. Ini first time aku tahu.. Siap boleh refund semula tiket tu. Dapat semula 1 Dollar. hi hi... I'm impressed..

Seterusnya kami terus ke Harbour Front sebelum tiba ke Sentosa Island.. Sebelum ke Sentosa kami sempat berjalan-jalan di Vivo City Shopping Mall.. Best juga kat sini.. Cuma tak dapat berjalan di dalam tu sepenuhnya sebab masih lagi mengejar masa memandangkan masa tu da jam 3 petang.. Lepas tu kami terus beli tiket ke Sentosa. Naik train je 3Dollar seorang. Ingatkan nak naik cable car tapi en. Hubby gayat.. Sian dia...

Sampai sana kami terus explore dikawasan sekitar... Sempat juga berposing walaupun masa tak mengizinkan.. And takde photographer.. hi hi... Tempat yang aku nak pergi sangat tu Universal Studio.. Malangnya masa kami sampai kaunter semua dah tutup.. huhu... sedih tau.. Nak buat macamana kami ke sana pun dah lewat.. Tapi hati tetap puas dapat menjejakkan kaki ke sini..

Sebelum balik tu kami sempat singgah di Orchard Road. Walaupun kaki masa tu dah sakit sangat tapi aku gagahkan juga amazing race HoneyMadu aku ni... Aku bukan kaki shopping jadi tak jadi satu masalah bila berjalan ni.. Tak pandang pun... Bila jam da hampir 8 lebih aku dah mula risau.. Bukan risau apa.. Risau kalau nak balik JB bus takde. En. Hubby kata relaxlah.. Bus banyak.. Tapi aku tetap risau.

Balik tu macam awal tadi la.. Kami tetap bergegas... Hah! Nasib baik ada bus tau... Bus terakhir ke JB jam 11 malam tu... Nak Check in check out keluar Singapore amik masa lagi... Aku balas balik kat En. Hubby.. Nasib sempat tau... Kalau tak, tak balik la hari ni...

So begitulah perjalanan HoneyMadu aku yang tak berapa nak madu.. No relax2 hokay~ penat tau. Banyak kejar masa dan banyak habis masa untuk perjalanan saja. Tapi aku tak kisah. Sekurang-kurangnya aku dah tahu apa yang patut aku tahu bila di sana nanti. Dan banyak ilmu baru yang aku belajar. Lebih-lebih lagi gaya hidup di sana..

Dan aku akan pastikan aku akan jejakkan kaki lagi ke sana.. Sebab mission aku masih belum selesai lagi di Kota Singa tu.. Ada banyak lagi tempat yang aku nak pergi di sana. Cuma masa masih belum mengizinkan...Oh ye, sebelum terlupa aku nak beritahu Amazing Race kami di sana hanya menelan belanja sebanyak 30 Dollar saja.. Okay tak??




.

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Raya 2011 Part 2

Hari ke-2 selepas beraya di sekitar Melaka aku dan En. Hubby terus bergerak ke kampung aku pula... Mana lagi kalau bukan di Batu Pahat.. Kampung mak aku.. Petang itu aku sampai dahulu ke kampung sebelum familyku... Kami pula yang menyambut ketibaan mereka di sana.. hi hi..

Aku tahu en. Hubby dah amat keletihan hari tu, dari wajah dan reaksinya saja aku sudah tahu.. Maklumla raya ni bukan takat beraya di rumah saudara atau jiran tetapi jalan raya juga beraya.. Sesak dan penuh dengan tetamu.. Tapi kerana mood beraya masih ada malam tu kami pergi juga beraya di rumah saudaraku. Mujur hanya satu rumah saja...

En. Hubby masih lagi kekok dengan keluarga-keluargaku.. Sebab dia jarang berjumpa dengan keluargaku yang lain. Dan mungkin sifatnya yang pemalu seperti aku.. Chewah~ kenyataan tu... Walaupun dia malu-malu kucing tapi dia ni pandai berkata-kata.. Tak seperti aku.. Blank memanjang je... hi hi..

Raya ke-3 kami pulang semula ke rumah mak dan abah.. Fuh, baru boleh rehat sikit... Walaupun sisa kepenatan raya tu masih ada... Tapi oklah dapat kembali ke rumah semula.. Lebih relaks dan punya privasi sendiri...

Tapi aku tak sempat nak bergambar.. hu hu.. Sebab aku ni jarang nak pegang kamera/hp 24 jam.. Aku lebih suka posing dari mengambil gambar.. Jadi bila takde jurugambar tak profesional ni.. Jadi semua terlupa.. Next year aku kena ingatkan diri aku... It must!!

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Raya 2011 Part 1


Selamat Hari Raya kepada semua umat islam... Tahun pertama dan hari pertama aku beraya tidak bersama keluargaku. hu hu... Sedih la juga.. Dan perasaan tu pun rasa lain je. Raya pertama aku dan En. Hubby beraya di kampung beliau iaitu Gadek, Melaka. Alhamdulillah, meriah juga raya di sini.. Mujur aku telah mengenali sedara En. Hubby hampir separuh yang aku jumpa pada malam raya dan raya pertama... Bagi aku pengalaman pertama bergelar keluarga mereka memang tak dapat aku lupakan.

Sehari sebelum raya aku dah balik ke sana... Petang tu aku, ibu, along dan makcik-makcik sempat bershopping disaat akhir... Dapatlah beli 1 jenis kuih.. Lemang dah siap masa aku sampai kampung cuma tinggal masak ketupat saja..

Malam tu heboh la diorang main mercun.. Macam-macam mercun.. Dari bunga api, pop-pop sampai la mercun besar gabak tu... Ntah apa nama pun aku tak tahu.. Seronok! Sebab berlawan dengan jiran depan.. hik hik... Sanak-saudara pun ramai.. Jadi heboh jugala nak memilih tempat tidur...

Pagi raya macam biasa pergi solat hari raya lepas tu.... Makan dan bergambar... Yang bestnye...Yeah! Beraya rumah sanak-saudara berdekatan.. Bab aku memang suka~Dari pagi bawa ke malam berjalan saja.. Bukan kaki je yang penat tapi perut pun penat.. Raya kan tempat menjamu selera yang paling mewah! hi hi.... Best! Best!

Syukur sebab kekokan beraya bersama keluarga baru sedikit demi sedikit dapat aku adap... Dengan adanya En. Hubby, ibu dan along dan especially anak buah kesayangan aku, Mia banyak menghiburkan dan menyesuaikan aku... Thanks a lot my new family... Having you is much bless for me...


Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Iftar Saat Akhir...

Iftar kedua bersama En. Hubby diluar.. Kebetulan hari tu nak mencari baju raya dia yang tak jumpa-jumpa sampai da dekat nak raya ni.. Jenuh juga lah round satu sunway piramid tu.. Dapat la satu yang dia berkenan tapi malangnya bukan warna tema yang aku mahukan. Nak tak nak belikan jugalah sebab dah niat nak beri dia baju raya... Sebelum meneruskan sesi shopping time ni, kami berbuka di Popeye.. Set untuk berbuka menjadi pilihan. Banyak juga... Lepas terpandang Auntie Anne tiba-tiba nak makan pretzel stick choc tu... Wa, meriah rasanya berbuka kali ni... Lepas buka tu sambung la semula mencari baju. Akhirnya En. Hubby terpaksa akur dengan baju yang hendak belikan sebab dah letih nak mencari... Walaupun dia siap warning kat aku 'baju ni sekali je tau pakai'.. Aku mampu tersenyum je masa tu. Sebab aku tahu biasa kalau ke mana-mana aku yang akan kemas beg pakaian. Nah di situlah tugasku supaya dia nampak baju tu selalu... hi hi...



Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Oh Kuih Rayaku

Conflake Honey Choc my homemade....

Dari awal puasa lagi aku dah fikir macam-macam kuih yang nak buat tahun ni. Maklum saja tahun ni sudah miliki 'family baru'... Jadi perasaan tu berkobar-kobar je.. Last-last kuih ni je yang sempat aku buat dek kekangan masa yang tak mengizinkan.... Hi hi...

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogwalking View... Taraaa.. ♥