Daisypath Anniversary tickersDaisypath Friendship tickersDaisypath Friendship tickers

♥ HoneyMadu Amazing Race : Singapore ♥



Setelah hampir 4 bulan kami bersama barulah aku dan En. Hubby dapat berjalan bersama... Setiap hari minggu kami penuh dengan aktiviti yang tidak terjangka. Kadang-kadang En. Hubby sibuk dengan kerjanya.. Kadang-kadang kami sibuk menjadi baby sitter.. dan hal-hal lain yang begitu padat untuk kami...

Jadi raya ke 4 akhirnya kami dapat meluangkan masa untuk membuat aktiviti kami sendiri. Walaupun ini bukan HoneyMadu yang terbaik dan diinginkan tapi aku bersyukur dapat ke tempat orang bersama orang yang aku sayang...

Pernah tengok amazing race kan? Rasanya percutian kami kali ini boleh dikatakan lagaknya seperti ini. Nak tahu kenapa? Sebab kami pergi ke sana 1 hari saja...

Jam 10 pagi kami bertolak dari rumah mak abah sampai ke larkin dalam jam 11 lebih. Setelah membeli makanan (penuh 1 beg galas tau) kami terus beratur nak naik bus. Bukan bus express hokay... Bus biasa je.. Tambang seorang RM1.80 jer... Okaylah tu kan? Bila naik bus ni satu je yang kite kena ada... Energy! Sebab kita akan berkejar semasa tiba ke imigresen. Lepas tu tunggu bus company sama tuk naik semula. Pastikan tiket bus jangan dibuang! Lepas tu kita akan turun semula di woodland tuk pemeriksaan imigresen singapore pula. Lepas tu tunggu lagi bus. Kalau nak berlenggang pun tak pe tapi disebabkan kami tak nak menginap di sana jadi kami terpaksa rushing. Lebih-lebih lagi ini pertama kali kami naik transport awam di tempat orang...

Kami turun di Kranji MRT selepas tanya dekat driver tempat MRT yang perlu kami turun. Selepas turun disitu bermulalah satu lagi explore race kami.... Jeng jeng jeng... Jenuh kami tengok peta MRT yang bersimpang siuh tu. Dalam peta takde pula tempat yang nak dituju... Camna ni?? Selepas siasat dengan makcik kaunter MRT tu aku dan En. Hubby pun beli tiket ke Dhoby Ghaut.. Disitu ada pertukaran MRT.. Kami tak pasti apa nama setiap MRT tu tapi ada 3 warna yang aku ingat... Maklumlah kami budak belajar jadi kami beli tiket sampai ke Dhoby Ghaut saja. Rupa-rupanya tiket yang sama boleh guna untuk semua train. Cuma klik saja penghujung tempat kita nak pergi. Ini first time aku tahu.. Siap boleh refund semula tiket tu. Dapat semula 1 Dollar. hi hi... I'm impressed..

Seterusnya kami terus ke Harbour Front sebelum tiba ke Sentosa Island.. Sebelum ke Sentosa kami sempat berjalan-jalan di Vivo City Shopping Mall.. Best juga kat sini.. Cuma tak dapat berjalan di dalam tu sepenuhnya sebab masih lagi mengejar masa memandangkan masa tu da jam 3 petang.. Lepas tu kami terus beli tiket ke Sentosa. Naik train je 3Dollar seorang. Ingatkan nak naik cable car tapi en. Hubby gayat.. Sian dia...

Sampai sana kami terus explore dikawasan sekitar... Sempat juga berposing walaupun masa tak mengizinkan.. And takde photographer.. hi hi... Tempat yang aku nak pergi sangat tu Universal Studio.. Malangnya masa kami sampai kaunter semua dah tutup.. huhu... sedih tau.. Nak buat macamana kami ke sana pun dah lewat.. Tapi hati tetap puas dapat menjejakkan kaki ke sini..

Sebelum balik tu kami sempat singgah di Orchard Road. Walaupun kaki masa tu dah sakit sangat tapi aku gagahkan juga amazing race HoneyMadu aku ni... Aku bukan kaki shopping jadi tak jadi satu masalah bila berjalan ni.. Tak pandang pun... Bila jam da hampir 8 lebih aku dah mula risau.. Bukan risau apa.. Risau kalau nak balik JB bus takde. En. Hubby kata relaxlah.. Bus banyak.. Tapi aku tetap risau.

Balik tu macam awal tadi la.. Kami tetap bergegas... Hah! Nasib baik ada bus tau... Bus terakhir ke JB jam 11 malam tu... Nak Check in check out keluar Singapore amik masa lagi... Aku balas balik kat En. Hubby.. Nasib sempat tau... Kalau tak, tak balik la hari ni...

So begitulah perjalanan HoneyMadu aku yang tak berapa nak madu.. No relax2 hokay~ penat tau. Banyak kejar masa dan banyak habis masa untuk perjalanan saja. Tapi aku tak kisah. Sekurang-kurangnya aku dah tahu apa yang patut aku tahu bila di sana nanti. Dan banyak ilmu baru yang aku belajar. Lebih-lebih lagi gaya hidup di sana..

Dan aku akan pastikan aku akan jejakkan kaki lagi ke sana.. Sebab mission aku masih belum selesai lagi di Kota Singa tu.. Ada banyak lagi tempat yang aku nak pergi di sana. Cuma masa masih belum mengizinkan...Oh ye, sebelum terlupa aku nak beritahu Amazing Race kami di sana hanya menelan belanja sebanyak 30 Dollar saja.. Okay tak??




.

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogwalking View... Taraaa.. ♥