Daisypath Anniversary tickersDaisypath Friendship tickersDaisypath Friendship tickers

Raya 2011 Part 1


Selamat Hari Raya kepada semua umat islam... Tahun pertama dan hari pertama aku beraya tidak bersama keluargaku. hu hu... Sedih la juga.. Dan perasaan tu pun rasa lain je. Raya pertama aku dan En. Hubby beraya di kampung beliau iaitu Gadek, Melaka. Alhamdulillah, meriah juga raya di sini.. Mujur aku telah mengenali sedara En. Hubby hampir separuh yang aku jumpa pada malam raya dan raya pertama... Bagi aku pengalaman pertama bergelar keluarga mereka memang tak dapat aku lupakan.

Sehari sebelum raya aku dah balik ke sana... Petang tu aku, ibu, along dan makcik-makcik sempat bershopping disaat akhir... Dapatlah beli 1 jenis kuih.. Lemang dah siap masa aku sampai kampung cuma tinggal masak ketupat saja..

Malam tu heboh la diorang main mercun.. Macam-macam mercun.. Dari bunga api, pop-pop sampai la mercun besar gabak tu... Ntah apa nama pun aku tak tahu.. Seronok! Sebab berlawan dengan jiran depan.. hik hik... Sanak-saudara pun ramai.. Jadi heboh jugala nak memilih tempat tidur...

Pagi raya macam biasa pergi solat hari raya lepas tu.... Makan dan bergambar... Yang bestnye...Yeah! Beraya rumah sanak-saudara berdekatan.. Bab aku memang suka~Dari pagi bawa ke malam berjalan saja.. Bukan kaki je yang penat tapi perut pun penat.. Raya kan tempat menjamu selera yang paling mewah! hi hi.... Best! Best!

Syukur sebab kekokan beraya bersama keluarga baru sedikit demi sedikit dapat aku adap... Dengan adanya En. Hubby, ibu dan along dan especially anak buah kesayangan aku, Mia banyak menghiburkan dan menyesuaikan aku... Thanks a lot my new family... Having you is much bless for me...


Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogwalking View... Taraaa.. ♥