Daisypath Anniversary tickersDaisypath Friendship tickersDaisypath Friendship tickers

♥ My First Trial ♥♥

Dah lama Sya perhatikan blogger² ni suka benar dengan doodle. Ramai yang buat sendiri tak kurang juga yang dapat free gift daripada blogger lain. Semuanya cute miut saja... Geram Sya dibuatnya...

Entah macamana baru-baru ni Sya terjumpa dengan blog Hafizzi Aziz ni... So dari situ Sya pun try and error macamana nak buat doodle tu. Payah juga nak lukis doodle ni kan?? Bila dah siap tu nak tergelak pun ada. Maklumlah tangan ni pengkor... Nak melukis memang tak pandai... So ni jelah yang jadi.. hi hi... Apa pun Sya ingin ucapkan terima kasih pada Hafizzi Aziz ni sebab tunjuk tutorial yang sungguh menarik.. Rasanya ramai juga yang buat tuto macam ni.. Cuma Sya tak jumpa lagi kot.. hi hi


1st Trial


2nd Trial


3rd Trial


4th Trial

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

♥ Selamat Tahun Baru Cina ♥


Sya ingin mengucapkan selamat tahun baru cina buat teman-teman yang menyambut tahun baru ini. Semoga tahun ini bertambah-tambah 'ong' la ye... hi hi..

Sya tidak melepaskan peluang untuk balik ke kampung minggu itu. Maklumlah cuti panjang. Seronok sikit balik lama-lama ke kampung. Dan telah menjadi satu kemestian bagi keluarga Sya untuk berkumpul bersama sanak saudara yang lain. Kami memilih tahun baru cina sebagai hari bersama keluarga...

Tahun ni buat dekat rumah mak abah Sya. Jadi banyak jugalah benda yang harus dibuat dan disiapkan. Dan untuk pertama kalinya tahun ni kami buat sukaneka. Sya handle sukan ni. Bab masak memasak ni mak dan makcik yang uruskan.

Seronok rasanya dapat bersama dan bergembira dengan mereka. Sayangnya dek kerana kesibukan yang melanda Sya tak dapat menangkap sebarang gambar untuk dijadikan memori... My hubby pula time tu sibuk membakar ikan pari...Yang lain pula sibuk dengan tetamu yang hadir. Walau macamana pun kenangan itu tetap utuh tersimpan di dalam lipatan ingatan kami...

Tahun depan awal-awal lagi Mak Ngah dah cop nak buat dirumahnya pula. Mungkin tahun depan adalah gambar-gambar yang akan diselitkan. Sebab masa tu mungkin Sya pula tak sibuk... hi hi...

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

♥ Live To Dance ♥


Rasanya rancangan ini baru saja mula dikeudarakan di TV8 pada minggu ini. I love to dance... Tapi tak pandai pun menari tetapi suka melihat liuk-lentuk dan pelbagai tarian... Hi hi... Teruja je rasanya.. Ingin saja menari bersama tetapi apakan daya badan kayu seperti sya ni mana mampu untuk menari sebegitu rupa..

Kepada sesiapa yang suka menari ataupun sedang mencari idea untuk menari dan membuat kareografi... Bolehlah tonton rancangan ini setiap Khamis jam 10 malam di TV8... Yang paling seronoknya tiada had umur diberikan kepada mereka untuk mencuba. Even ada yang telah berumur 80 tahun ke atas masih lagi mahu mencuba dan menari dengan lentok yang sungguh menarik dan mampu menghiburkan penonton... Ada beberapa group yang begitu membuat sya ingin terus melihat mereka.. Harap-harap dapat lihat mereka lagi di pusingan yang seterusnya...

Tak sabar rasanya untuk menunggu episod seterusnya... Kita tengok sama-sama okay!~

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Welcome 2012.. ♥♥

Bismillah... Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012... Bermulanya tahun baru maka bermulalah diari baru dalam hidup seseorang itu. Walaupun 2011 telah berakhir tidak bermakna ia tidak membawa apa-apa kebaikan dalam kehidupan kita. Ingatilah untuk dijadikan pedoman di masa akan datang.

Sudah tidak menjenguk blog ni. Rasa macam dah bersawang sangat... Banyak rasanya cerita yang ingin diupdate di sini.. Tapi rasanya macam dah lupa ingatan... hi hi.. Maklum sajalah dah berkurun... Jadi mana yang sempat and mostly 'ingat' tu sya update di sini...

Sebelum memberitahu perkembangan terkini, sya ingin mengucapkan selamat tahun baru buat semua... Semoga tahun ini mendatangkan seribu kebaikan buat semua. Azam? Hurm... apa agaknya azam tahun ini ya? Yang pasti dan setentunya pasti mestilah ingin menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun yang sudah... Ingin menjadi isteri yang baik.. Isteri yang menepati ciri-ciri isteri di mata suami sya la ye.. Dan ingin menjadi ibu yang baik...Hi hi... Yang lain-lain tu masih lagi mencari.. Ececeh...

Alhamdulillah, ia satu berita gembira buat sya dan keluarga.. Sya kini telah berbadan dua... Dan setakat ini alahan tu tak berapa nak teruk sangatlah.. Cuma beberapa hari yang lepas sya kena food poisoning.. Lepak jugalah rasa badan ni.. Letih yang amat.. Apa-apa pun sya doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.. Kadang-kadang hati ini teruja.. kadang-kadang takut rasanya nak menanti 'saat' tu.. Doa-doakan la ye....



Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogwalking View... Taraaa.. ♥