Daisypath Anniversary tickersDaisypath Friendship tickersDaisypath Friendship tickers

Speed City KL


Sabtu yang lepas Mr. H ajak sya pergi tengok drift. Memang aktiviti ni dah lama kami tak buat bila ada masa lapang. Lagi-lagi selepas kahwin.. Rasanya dah lama tak pergi drag and drift ni di mana-mana. Memandangkan seharian kami tak keluar lagi sya pun bersetuju untuk tengok drift bersama-sama Mr. H.

Kepada yang tiada aktiviti or tak tahu ke mana arah tujuan yang perlu dituju pada malam ahad bolehlah singgah di sini. Berdekatan dengan Hotel Golden Horses, Seri Kembangan. Tempat tersebut di buka seawal jam 5.00 petang sehingga jam 1.00 pagi. Bagi sesiapa beginner yang sedang mencari tempat untuk belajar drift bolehlah pergi ke sini dari jam 5.00 petang sampai jam 7.00 malam. Selepas waktu itu drifter² yang dah pro sikit yang akan bermain sampai ke pagi..

Kelab-kelab kereta yang teringin mempamirkan kereta kat situ pun boleh. Cuma perlu email kepada mereka atau boleh layari facebook Speed City KL. Hi hi… macam buat promotion la pula..

Apapun cuma ada 1 ketidakpuashatian Mr. H dan juga sya pada malam tu. Masuk tempat tu berbayar. Satu kepala RM6 lepas tu parking pun kena bayar lagi. Hurm… Sebelum-sebelum ni takde pula sampai macam tu. Sakit hati je. Kannn? Walaupun tak mahal mana tapi rasa macam cekik darah pula.

Sya tengok semua tempat kat Malaysia ni macam tu. Awal-awal mesti murah then lama-lama harga tu makin naik dan naik dan naik lagi… Padahal pelanggan makin ramai bukan makin surut.. Haih, nak tak nak terpaksalah menahan…


Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogwalking View... Taraaa.. ♥