Daisypath Anniversary tickersDaisypath Friendship tickersDaisypath Friendship tickers

(^_^) Bila Kita Berjauhan... Aku Tidak Sanggup!!


Entah mengapa ingin sekali ku ungkapkan perasaanku kepadanya… Agar dia tahu bahawa aku sedang teramat merindui dirinya. Wahai angin bawalah perkhabaran ini kepada dirinya.. Pemergiannya tanpa diriku amat jelas terkesan dihati ini.

Pada awal perkhabaran ini disampaikan kepadaku sedikit pun aku tidak gusar dan tidak gentar akan pemergiannya. Tetapi tatkala telah tiba waktunya hati ini diusik rindu. Rindu yang teramat sangat… Walhal susuk tubuhnya masih lagi dihadapanku.

Apabila sesusuk tubuh itu hilang dari pandangan ini, saban hari aku terlalu memikirkan akan dirinya. Satu pesanan yang menyatakan dia selamat tiba di sana belum cukup membuat hatiku berasa tenang. Saban hari dan saban waktu aku teringat akan dirinya. Entah kenapa air mata ini mudah berguguran tanpa di pinta tatkala terdetik wajahnya dan nama di dalam hatiku ini.

Tiga hari tanpa berita darinya amat memilukan buat diriku. Adakah emosi ini mudah terganggu kerana aku berbadan dua? Atau aku sememangnya tidak boleh untuk berpisah dengannya walau sesaat? Argh… aku sendiri tidak mengerti akan perasaanku sendiri. Namun sejelas-jelasnya aku amat merindui dirinya yang sedang bercuti di negara jiran.

Kalau hendak diikutkan bukanlah jauh sangat negara tu tapi pengetahuan aku mengenai negara itu membuatkan aku sedikit cuak untuk memikirkan sebarang kemungkinan. Dan tahu saja, fikiran-fikiran nakal sentiasa saja menghasut dan bermaharajalela di dalam hati ku ini.

Tibalah waktu dia pulang ke Malaysia.. Oh, tak sabarnya hatiku. Namun sebelum subuh tiba, aku dikejutkan dengan mimpi yang tidak dapat aku gambarkan perasaannya. Nafas menderu laju. Rasa sedih dan marah bercampur-baur. Adakah ini hanya mainan tidur semata?

Sepulangnya dia dirumah keluarganya aku hanya mampu berjabat tangan dengannya. Walhal ingin sekali aku berlari memeluknya. Namun perasaan malu mengatasi segalanya. Perasaan yang terpendam cuba dikawal seeratnya sehinggalah malam semakin melabuhkan tirainya.

Aku lebih dulu memasuki kamar sementelah dia sedang khusyuk menonton tv. Diriku berhajat ingin bertanya kepadanya adakah dia tidak keletihan? Tetapi ayat itu cuma bergema di dalam hati. Buat sekian kalinya aku menangis lagi. Perasaan ini tidak dapat dibendung lagi. Argh… kenapa dengan diriku ni? Kenapa aku lemah begini?

Dia mula menyedari keadaan diriku tatkala terdengar hembusan nafasku yang tidak menentu.. syrot syret syrot syret… Selsema ke? Taklah.. Aku mendiamkan diri sambil menutup wajahku dengan bantal. Egokah aku?

Mungkin dia menyedari aku hanya menekup wajahku dengan bantal tanpa berkata apa dia bertanya lagi. Kenapa? Dan mula mengintai. Aku mengelak. Aku ingin menyatakan hasratku tetapi dalam pada yang sama aku malu dengan keadaanku. Kenapa aku begitu lemah sebegini? Namun air mata yang cuba dibendung semakin banyak berguguran tatkala dia mengasakku dengan soalannya.

Dan akhirnya aku menangis di dalam dakapannya sambil berkata aku rindu akan dirinya. Dan setelah itu, hati dan jiwa ini baru terasa tenang dan tenteram. Cukuplah sekali aku merasai perasaan sebegini. Aku tidak mahu merasainya lagi kerana aku tidak sanggup!!

Cebisan kata :

‘ingatkan tak rindu’

‘Rindu la..’

‘Dah, syhh.. jangan nangis lagi. Kan dah balik ni,”

Oh, kalaulah dia tahu apa yang terbelenggu dalam diri ini dan apa yang terjadi semasa ketiadaannya tentu tak jadi begini…


Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Celebrate Birthday ♥♥



Sabtu yang lepas sya dengan family Mr. H dinner di luar. Actually untuk menyambut ulangtahun sya dan juga Mr. H. Maklum saja kami berdua lahir pada bulan Februari. Dan kebetulan pula sya lewat dua minggu dari Mr. H.. Kalau birthday Mr. H hari Jumaat maka dengan itu birthday sya pun akan jatuh pada hari yang sama. hi hi...

Malam tu kami makan di Restoran Tanjung Seafood & BBQ di sekitar Ampang. Makanan di sana semuanya sedap. Bolehlah di terima tekak.. Dan serving diorang pun memang pantas. Really recommended pada sesiapa yang ingin mencuba.

Sya ucapkan berbanyak terima kasih kepada mak mertua sya yang belanja kami makan malam tu...Thank a lot mum... ♥♥♥

Oh ya, kami berdua tak membeli hadiah lagi. Masing-masing tengah memikir nak beli apa. Apa pun tunggu saja kemunculan hadiah kami berdua.. hi hi..

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Mari Melawat ke Kilang Beryl's ♥

Minggu lepas ikut kelab Puspanita ke kilang Beryl's. Lawatan tersebut mengambil masa 2 jam sahaja. Actually dah beberapa kali pergi sini untuk membeli coklat tapi tak pernah lagi masuk ke dalam. Alang-alang big bos da kasi kebenaran tu sya pun tak lepaskan peluang la...

Kepada yang tak tahu, kilang Beryl's ni terletak di Seri Kembangan. So tidak jauh dengan pejabat tempat sya bekerja. Sesiapa yang buat lawatan dekat sini dapatlah diskaun 5% or 10% kalau membeli coklat.... Bagi sya sikit sangat la.. Kalau 20%/30% kan best sikit.. Hihi... Apa pun sempat jugalah sya sambar sebarang dua peket.. Itu pun semuanya dark chocolate.. Sedap!! ^_^



Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Speed City KL


Sabtu yang lepas Mr. H ajak sya pergi tengok drift. Memang aktiviti ni dah lama kami tak buat bila ada masa lapang. Lagi-lagi selepas kahwin.. Rasanya dah lama tak pergi drag and drift ni di mana-mana. Memandangkan seharian kami tak keluar lagi sya pun bersetuju untuk tengok drift bersama-sama Mr. H.

Kepada yang tiada aktiviti or tak tahu ke mana arah tujuan yang perlu dituju pada malam ahad bolehlah singgah di sini. Berdekatan dengan Hotel Golden Horses, Seri Kembangan. Tempat tersebut di buka seawal jam 5.00 petang sehingga jam 1.00 pagi. Bagi sesiapa beginner yang sedang mencari tempat untuk belajar drift bolehlah pergi ke sini dari jam 5.00 petang sampai jam 7.00 malam. Selepas waktu itu drifter² yang dah pro sikit yang akan bermain sampai ke pagi..

Kelab-kelab kereta yang teringin mempamirkan kereta kat situ pun boleh. Cuma perlu email kepada mereka atau boleh layari facebook Speed City KL. Hi hi… macam buat promotion la pula..

Apapun cuma ada 1 ketidakpuashatian Mr. H dan juga sya pada malam tu. Masuk tempat tu berbayar. Satu kepala RM6 lepas tu parking pun kena bayar lagi. Hurm… Sebelum-sebelum ni takde pula sampai macam tu. Sakit hati je. Kannn? Walaupun tak mahal mana tapi rasa macam cekik darah pula.

Sya tengok semua tempat kat Malaysia ni macam tu. Awal-awal mesti murah then lama-lama harga tu makin naik dan naik dan naik lagi… Padahal pelanggan makin ramai bukan makin surut.. Haih, nak tak nak terpaksalah menahan…


Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

2nd Trip to USS ♥

5 Februari yang lepas sya dan Mr. H bersama keluarganya telah pergi kembali ke USS. Kali ini sya dapat masuk tau.. Pertama kali pergi tak dapat sebab terlambat.. So kali ni berkat usaha yang jitu.. cewah.. Takdelah.. Actually kali sya pergi dengan agent. Lebih mudah dan teratur gitu..

Seminggu dua sebelum tu sya dah book dengan satu travel agent ni… Kebetulan sepupu sya kerja di sana jadi memudahkan lagi untuk sya berurusan dengan mereka. Harga pun berpatutan. Seorang RM190 termasuk tiket bus dan juga tiket USS. So kami tak perlulah rushing pergi mencari tiket atau berkejar² membeli tiket yang belum tentu ada atau tidak…

Hari weekend mahallah sikit.. Kalau weekdays boleh dapat around RM17+kalau tak silap… Kami tidur di Danga Bay. Kozi hotel yang tak sampai pun RM100 untuk sehari. Hotel ni dekat dengan tempat kami naik bus nanti. So senanglah sikit.. Group sya pergi 8.30 pagi dan balik 9.30 malam. Cuma kesian kat abang ipar sebab tak dapat turut serta disebabkan plan kami yang last minute..

Fuh, memang sangat-sangat mencukupi masa bagi kami.. Memandangkan ada 2 orang ibu mengandung.. hi hi.. Nak cerita pun tak tahu macamana.. Orang yang pernah pergi saja tahu betapa seronok dan terujanya bila di sana. Semua benda sya cuba.. Cuma yang thrill tu idak la ye..

Mr. H teringin sangat nak masuk kat transformer tu. Tetapi memandangkan sya dan akak ipar pregnant terbantut hasrat dia. Kecut juga la muka dia sebab kami tak dapat join. Bukan tak nak Mr. H tapi keadaan tak mengizinkan. Last-last dia pergi juga masuk sendirian dan keluar… Walla…. dengan senyuman yang lebar.. Mr. H kata transformer antara banyak-banyak tempat yang paling best kami pergi…

Mia pula teruja dengan 3 orang penyanyi merangkap penari di hadapan sebuah restoran. Lupa pula nama tempat tu.. Sampai betul-betul depan pentaslah dia tengok. Yang kelakarnya dia boleh kata ‘perempuan tu pakai spender je.. tak malu…’ hi hi… Patutlah sampai ternganga tengok.

Sebelum tirai USS berlabuh, kami sempat tengok perbarisan barisan-barisan maskot yang ada dalam tu. Macam-macam gaya dan tarian. Ini untuk hari ahad je tau… Hari lain tiada perbarisan yer…

Antara gambar yang sempat dirakam.. Sikit-sikit untuk tatapan udahlah yer~ hi hi...

Kami baru je tiba ♥
♥ Bersama Mr. H di Madagascar
Mr. H dengan keretanya... hi hi
After tgk 4D.. Best! ♥
Jauh la pula.. hu hu
Pakai ambil je gambar... kui kui
QMiaQ tatut dgn Woodpecker..
Saje je maskot belakang tu wat aksi gerun..
Sekitar perbarisan maskot...
Penutup USS ♥♥
Dak kecik dengan sourvenir beliau!♥

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Genting Indoor Theme Park


Actually cerita ni dah basi dah pun. Kitorang pergi masa bulan Disember 2011 yang lepas. Cuma tak ter'update' lak kat sini.. Insyaallah dalam masa yang terdekat ni cuba nak maraton update mana yang sempat... hi hi...

Time pergi ni memang manusia sangat² la ramai.. Maklum saja cuti sekolah. Kami pun tak tahu ke mana so ambil keputusan pergi saja ke Genting Highlands ni... Nak naik cable car tu bukan main lama nak menunggu.. Sampai je kat atas tu Sya dah macam nak pitam nak termuntah... Mujur tak teruk.. Lepas makan alhamdulillah okay balik...

Kebetulan masa kami naik cable car tu hujan baru nak turun... Separuh perjalanan kami ke atas memang tak nampak apa-apa. Hati ni dah rasa seram jugalah... Angin pun rasa kuat.. Nasib kami sempat sampai sebelum hujan betul² lebat.. Sejuk kat atas tu memang tak terkata.. Rasa macam nak pakai berlapis-lapis (ini olang tak tahan sejuk ma)..

Mia pun tak dapat nak main banyak game sangat sebab orang terlalu ramai... Kesian dia kena beratur sendiri sebab nak main... Last-last kitorang main video game park je.. Seronok la juga sebab kami yang dah tua-tua ni pun dapat juga main.. hi hi...

Hurm... last but not least.. Santapan mata memori tak berapa nak indah kami... Hi Hi ^_^




Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Happy Birthday Mr. H ♥♥



Tanggal 3 Februari 2012 genap umur Mr. H ke 27 tahun...

Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Mr. H....
Happy Birthday to you..

Mrs. H berharap Mr. H akan...

Bahagia disamping Mrs. H
Berjaya dalam hidup, kerjaya dan perniagaan
Sentiasa dimurahkan rezeki
Sentiasa senyum selalu
Sentiasa membimbing Mrs. H

dan yang paling penting....

Sentiasa menyayangi Mrs. H

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogwalking View... Taraaa.. ♥