Daisypath Anniversary tickersDaisypath Friendship tickersDaisypath Friendship tickers

Dinner at Umai D'Lake Cafe ♥♥

Memandangkan Mr. H kata nak balik umah ibu (my mertua) so I decided pagi tu tak perlu masak. Selalu sebelum pergi kerja aku masak dulu untuk Mr. H makan pada bila-bila masa yang beliau suke.. hi hi.. Maklum la kerja sendiri.. Then petang tu tibe-tibe Mr. H sms kata nak balik. Alamak!! Balik kena masak la.. hu hu.. Hati ni dah rasa tak best skit.. Sebab otak dah mula fikir nak masak apa...

Sampai je umah Mr. H terus tegur.. 'La, ingatkan baru nak ajak makan dekat luar..' Sebab masa tu dia nampak aku bawa bungkusan makanan. Actually tu keropok losong yang aku pesan dekat ofismate aku yang baru balik dari Terengganu. Aku terus jawab seperti faham akan maksudnya...'Eh, taklah. Mana bawa makanan. Ni keropok la..'

Yess... Mr. H kata tak perlu masak hari ni.. Makan luar hari ni... Lama tak berdating di luar.. hi hi... Hati pun seronok sebab tak perlu masak! Aku pun ajak Mr. H ke Umai Putrajaya.. Dekat je dengan umah kami...

Ingatkan nak belanja Mr. H makan dinner tu.. Tapi masa tunggu makanan sampai.. Aku menang main game so Mr. H yang bayar... Sempat main game tau nak tunggu makanan sampai.. Serve dia kat sini lambat sikit.. Mungkin sebab orang ramai.. Tapi makanan dia memang sedap!!


Menu for today:
Mangga Juice & Nasi goreng daging merah (Mr. H)
Sirap bandung & Beef Steak (me)


Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

♥ Congratulation to Eida & Iwan ♥

Congratulation for both sibling Shaedah & Nick serta Iwan & Fiza... Satu kenduri 2 pengantin.. Meriah sungguh... Kami doakan semoga korang berkekalan dan berbahagia selalu...


Sorry Iwan & Fiza.. Gambar you all tak sempat nak capture la... huuu


Dak tomey yang melawan mata (ngantuk)....
I ♥ when she start smiling
..


Dak kecik yang suke tengok pengantin....


Last but not least... aku & Mr. H
(Ops.. abaikan botol susu tu...)

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

♥ Makeover!~

Tiba-tiba teringat gambar ni.. Lama daa... Masa ni syok main dgn QMiaQ kat umah Ampang.. Ntah camna QMiaQ ni sibuk la main dgn stoking Mak Wan dia... Bukan nak perdajal QMiaQ... Tapi saja nak mengusik dak kecik ni.. So aku pun pakaikan la QMiaQ stoking tu.. Nampak pula skraf putih ibu mertua aku... Terus je aku sarung kat QMiaQ.. Dia pun tak membantah pula.. Biasa dia tak nak.. Eh-eh.. Cute la pula.. Apalagi terus je angkat budak kecik ni ke bawah and snap... Wow~ tersenyum QMiaQ tengok gambar dia...


Hihi.. Macam nak main snow je~

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

I'm 2 years now! ♥♥

Ceria QMiaQ nak sambut besday yang ke-2

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,

Happy birthday to Qaseh Mia Qaisara...
Happy birthday to you..


Untie & Uncle doakan semoga Mia panjang umo dan sentiasa happy selalu.. Jangan notty2 tau.. You're big girl now... Salam sayang dari kami..


Hidangan untuk tetamu.. Macam2 ada... Nasi beriani, nasi impit, spaggeti, nasi putih berlauk dan kuih2 bagai.. cukup x?


Untie 'cute' dan dak 'cute'... hi hi...


Majlis tak start lagi.. Hadiah dah pakai... really appreciate la QMiaQ...


QMiaQ with abang Amir.. Ultraman 3!!


QMiaQ with lovely parent...

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

♥ Preparation for Qaseh Mia Qaisara ♥

Esok birthday anak buah kesayangan aku yang ke-2 tahun. Pagi-pagi lagi aku dan En. Hubby kena gerak ke PD.. Hadiah dah siap bungkus.. Special punye... Walaupun tak berapa nak mahal... Moga-moga dapatlah digunakan dengan baik.. Untie sempat buat Puding Rich Choc dengan Shepherd's Pie je untuk majlis Mia nanti... Puding tu request by my mother in law... Shepherd ni first time buat.. Entah apa la rasanya... En. Hubby kata sedap.. Tak tahulah kalau dia cakap untuk senangkan hati aku.. Hi hi.. Cuma appearance tu tak berapa nak menarik la... Banyak lagi kena belajar ni.. Okaylah time to sleep... Esok nak bangun awal... Gudnite...


Puding Rich Choc tanpa hiasan....


My first Shepherd's Pie... Jangan pandang pada rupe yerr...


Yang ni untuk En. Hubby.. Yummy!!

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

~ Bila Mr. H Beraksi ~

Masa aku tengah prepare makanan untuk jamuan esok tiba-tiba En. Hubby nak bergambar... Aku ni macam biasa la.. Layankan saja gelagat dia.. Yela kan cuma kami saja berdua.. Nak tergelak pun ada. Suka buat aksi manjeeee. Hi hi.. Sayang dekat awak.. Nah korang layan jelah gambar kat bawah tu..


Tidur dengan bumper trueno yang baru dibelinya...

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Qaseh Mia Qaisara

Hari ni aku ambil E.L sebab nak kena hantar atuk pergi check up... 20hb ni dia perlu buat operation mata.. Ganti kanta mata.. hu hu... Aku pula yang rasa seram... Otak ni terpikir-pikir macamana nak bedah mata.. Uih, tak dapat nak bayang...

Okay berbalik pada tajuk asal.. Tu nama anak buah aku.. Anak kepada akak En. Hubby la kiranya.. Geram dengan dak kecik ni.. Sabtu ni birthday dia yang ke 2.. Dah besar dah budak Mia... Cakap pun da macam2 pandai dah.. Pandai ajuk lagi cakap orang.. hi hi...

Aku ni geram dengan dia.. Tembam and comey gitu.. Tang pipi tu yang aku tak tahan... Mesti tangan ni gatal je nak cubit.. Nasib baik Mia tak kisah.. Kalau dia geram juga dia pun sama picit pipi dia.. hihi.. pipi dia ni kalau kena panas merah2.. Macam pakai blushing.. Lagi bertambah geram... Tau~


Tengok tu... Alahai manje nyer Mia kat Uncle & Untie...


Pipi die ada blushing... *wink** Geram~

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Wayang : Johnny English Reborn


Tengok muka pun nak tergelak apatah lagi cerita dia kan.. Mula tu rasa berbelah bagi gak.. Takut macam citer Mr. Bean je... Masa Johnny English dulu tak tengok tu yang tak tahu.. So memandangkan takde cerita lagi yang menarik hati dan memandangkan aku dan En. Hubby memang dah lama tak tengok wayang.. Jadi aku terus buat online booking.

Ingatkan nak ajak member tengok sekali bila nak wat online booking untuk diorang dah fully book pula.. Cepat sungguh! Sedangkan masa aku booking tuk aku tak sampai 4 jam yang lalu... Ramai betul yang nak tengok..

Hari yang dinanti pun tiba, memang tidak mengecewakan. Kelakar sungguh... aku bagi 4 star daripada 5.. Dalam hati ni terpikir la juga.. Kenapa ada agen yang bodoh macam ni.. hi hi..

Part yang paling aku gelak sampai nak pecah perut time meeting dia main kerusi dia tu... Aduh, gila la time tu. Memang aku tak tahan tengok gelagat dia masa tu. Lagi part yang kelakar masa dia menuntut dengan buddha... Betul ke tu?? Macam tak percaya je... Akhirnya ilmu yang dia tuntut tu berguna juga disaat akhir tu kan? Macam² lagi adegan yang kelakar... tapi malas nak review kat sini kena tengok dan alami sendiri...

Wayang dah best cuma tempat aku duduk je tak best.. hu hu.. Nak tahu kenapa? Ntah sapa punya kaki la.. Bau busyuuukk yang amat sangat.. Nak konsentrasi tengok cerita pun terganggu tau... En. Hubby tak pula bau bauan yang semerbak tu.. Aku je bau... Hangin betul.. Nasib baik ada perfume dalam handbag. Terus aku sapu kat tangan... Cium je tangan tu sepanjang aku ada dalam tu... Ish, buat sakit hati je...

p/s - Kepada sesiapa yang nak buka kasut masa tengok wayang tu... Sila² la cuci kaki bersih² hokay... Kesian la sikit dengan orang dibawah atau disebelah anda...

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

~ Jamuan Raya Office ~

Jamuan raya kali ni geng aku kekurangan 2 orang... Actually seorang saja.. Sebab lagi sorang tu tetamu yang dijemput... Diorang ni dah TIDAK lagi bekerja di sini.. Waktu begini la kadang-kadang kami boleh berjumpa dan berkumpul... Especially bergambar... Ini memang adegan yang tak boleh nak henggat... Jamuan dan makan tak start lagi tapi aku dan kawan² dah heboh dengan bergambar je.. Kalau ikut roll macam dulu² tu rasanya dah abis satu roll.. hi hi... Majlis kali ni okay la... Tahun ni relax skit sebab guna catering.. Tahun² lepas kami buat sendiri.. Lebih kepada gotong-royong... Jadi ikatan antara bahagian tu rapatlah.. Tapi rasa macam semenjak dua ni angin kus-kus da mula datang... Apa pun hadaplah gambar² tak seberapa ni...


Menyelit kat bahagian lain...


Kejap² posing sama je.. Kejap² melampau pula.. adui...


Credit to photographer.. Boleh jadi model tak? hi hi

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogwalking View... Taraaa.. ♥