Daisypath Anniversary tickersDaisypath Friendship tickersDaisypath Friendship tickers

(^_^) Bila Kita Berjauhan... Aku Tidak Sanggup!!


Entah mengapa ingin sekali ku ungkapkan perasaanku kepadanya… Agar dia tahu bahawa aku sedang teramat merindui dirinya. Wahai angin bawalah perkhabaran ini kepada dirinya.. Pemergiannya tanpa diriku amat jelas terkesan dihati ini.

Pada awal perkhabaran ini disampaikan kepadaku sedikit pun aku tidak gusar dan tidak gentar akan pemergiannya. Tetapi tatkala telah tiba waktunya hati ini diusik rindu. Rindu yang teramat sangat… Walhal susuk tubuhnya masih lagi dihadapanku.

Apabila sesusuk tubuh itu hilang dari pandangan ini, saban hari aku terlalu memikirkan akan dirinya. Satu pesanan yang menyatakan dia selamat tiba di sana belum cukup membuat hatiku berasa tenang. Saban hari dan saban waktu aku teringat akan dirinya. Entah kenapa air mata ini mudah berguguran tanpa di pinta tatkala terdetik wajahnya dan nama di dalam hatiku ini.

Tiga hari tanpa berita darinya amat memilukan buat diriku. Adakah emosi ini mudah terganggu kerana aku berbadan dua? Atau aku sememangnya tidak boleh untuk berpisah dengannya walau sesaat? Argh… aku sendiri tidak mengerti akan perasaanku sendiri. Namun sejelas-jelasnya aku amat merindui dirinya yang sedang bercuti di negara jiran.

Kalau hendak diikutkan bukanlah jauh sangat negara tu tapi pengetahuan aku mengenai negara itu membuatkan aku sedikit cuak untuk memikirkan sebarang kemungkinan. Dan tahu saja, fikiran-fikiran nakal sentiasa saja menghasut dan bermaharajalela di dalam hati ku ini.

Tibalah waktu dia pulang ke Malaysia.. Oh, tak sabarnya hatiku. Namun sebelum subuh tiba, aku dikejutkan dengan mimpi yang tidak dapat aku gambarkan perasaannya. Nafas menderu laju. Rasa sedih dan marah bercampur-baur. Adakah ini hanya mainan tidur semata?

Sepulangnya dia dirumah keluarganya aku hanya mampu berjabat tangan dengannya. Walhal ingin sekali aku berlari memeluknya. Namun perasaan malu mengatasi segalanya. Perasaan yang terpendam cuba dikawal seeratnya sehinggalah malam semakin melabuhkan tirainya.

Aku lebih dulu memasuki kamar sementelah dia sedang khusyuk menonton tv. Diriku berhajat ingin bertanya kepadanya adakah dia tidak keletihan? Tetapi ayat itu cuma bergema di dalam hati. Buat sekian kalinya aku menangis lagi. Perasaan ini tidak dapat dibendung lagi. Argh… kenapa dengan diriku ni? Kenapa aku lemah begini?

Dia mula menyedari keadaan diriku tatkala terdengar hembusan nafasku yang tidak menentu.. syrot syret syrot syret… Selsema ke? Taklah.. Aku mendiamkan diri sambil menutup wajahku dengan bantal. Egokah aku?

Mungkin dia menyedari aku hanya menekup wajahku dengan bantal tanpa berkata apa dia bertanya lagi. Kenapa? Dan mula mengintai. Aku mengelak. Aku ingin menyatakan hasratku tetapi dalam pada yang sama aku malu dengan keadaanku. Kenapa aku begitu lemah sebegini? Namun air mata yang cuba dibendung semakin banyak berguguran tatkala dia mengasakku dengan soalannya.

Dan akhirnya aku menangis di dalam dakapannya sambil berkata aku rindu akan dirinya. Dan setelah itu, hati dan jiwa ini baru terasa tenang dan tenteram. Cukuplah sekali aku merasai perasaan sebegini. Aku tidak mahu merasainya lagi kerana aku tidak sanggup!!

Cebisan kata :

‘ingatkan tak rindu’

‘Rindu la..’

‘Dah, syhh.. jangan nangis lagi. Kan dah balik ni,”

Oh, kalaulah dia tahu apa yang terbelenggu dalam diri ini dan apa yang terjadi semasa ketiadaannya tentu tak jadi begini…


Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogwalking View... Taraaa.. ♥