Janji Mama Pada Alisha

"Ica, kalau Ica tak pakai pampers Mama bawa Ica naik train okay"

Itu janjiku pada anakku Ica yang sekarang ni sedang potty train. Nampaknya Ica da pandai pergi ke tandas sendiri kalau tak pakai pampers. Walaupun kadang-kadang tu merengek nak pakai pampers. Ikutkan masa berpantang hari tu Sya da start potty train Ica. Tapi time tu memang tahap kesabaran Sya ni tak berapa nak tinggi. So gagal. I failed!! huhu...

Bulan lepas dapat semangat baru itupun sebab baca blogger Adlil Rajiah.. She is very good. Sya memang salute dekat dia dalam menjaga anak. Dan Sya banyak dapat tips jaga anak dari baca blog dia.

Sekarang Ica da pandai cakap bila dia rasa nak buang air kecik or besar. First reward Sya belikan Ica toilet trainer. Pilih gambar yang mana dia suka. Buat dia rasa suka untuk pergi ke tandas. Second reward ni nak bawa Ica naik train sebab Ica da tak terkucil bukan pada tempatnya. Mula tu ingat nak bawa naik LRT tapi tengok keadaan cuaca yang tak menentu dan tahap kemalasan nak meredah lautan orang plus tak tahu nak ke mana kalau naik train (bukan kaki jalan)... So I decided naik train kat IOI City Mall je la... RM5 je pun... he he... ngelat betul mama Ica kan?

She was so excited bila nampak train tu berhenti depan dia. Cepat je tangan Sya ditarik² sambil terlompat². Teruja gilerrr... "Mama, cepat mama.. cepat! Nanti train stop!" "What!!" Gelak ler Sya dengar Ica ni cakap camtu. Salah betul penggunaan perkataan... Ada ke stop... patutnya berjalan... Hihi... Ikut perangai Sya la ni... 









Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Sakit Datang Bergilir

Last weekend Alisha dan Iwana bergilir-gilir tak sihat. Pagi Isnin Ica muntah-muntah sampai la hari Selasa baru dia okay sikit. Rabu Wana pula kena cirit-birit. Risau sya sebab Wana kecik lagi. Lama juga dia kena. Isnin minggu ni baru dia okay. Masih lagi memantau keadaan dia. Harap-harap dak berdua tu dah baiklah sepenuhnya. Mungkin berjangkit dengan anak akak ipar. Sebab dua minggu sebelum tu pun mereka kena benda yang sama bergilir-gilir. Kesian kat my MIL terpaksa cuci semua alas cadar, alas kusyen, segala-galanya supaya tak berjangkit.. Tapi kuman tu tetap juga nak melekat dekat anak-anak Sya. Hopefully dak² kat taska tak berjangkit la... Sian kat dak².. huhu...




Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Anak-Anak Mama


Nur Alisha Danish
Puteri sulong Sya.. Lahir tahun 2012.. Kini dah 3 tahun da Along Icha. Makin lincah dan ceria sentiasa. Tapi selalu 'gembeng' nak berkepit dengan Sya bila Sya pegang adik. Alahai anak...


Nur Iwana Danish
Puteri kedua Sya.. Lahir tahun 2014.. Nak masuk 4 bulan.. Anak Sya yang kuat senyum dan ramah melayan orang.. Sentiasa tersenyum.. Dah mula pandai meniarap.. Gelak dan bercerita...

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogwalking View... Taraaa.. ♥