Daisypath Anniversary tickersDaisypath Friendship tickersDaisypath Friendship tickers

♥ Selamat Tahun Baru Cina ♥


Sya ingin mengucapkan selamat tahun baru cina buat teman-teman yang menyambut tahun baru ini. Semoga tahun ini bertambah-tambah 'ong' la ye... hi hi..

Sya tidak melepaskan peluang untuk balik ke kampung minggu itu. Maklumlah cuti panjang. Seronok sikit balik lama-lama ke kampung. Dan telah menjadi satu kemestian bagi keluarga Sya untuk berkumpul bersama sanak saudara yang lain. Kami memilih tahun baru cina sebagai hari bersama keluarga...

Tahun ni buat dekat rumah mak abah Sya. Jadi banyak jugalah benda yang harus dibuat dan disiapkan. Dan untuk pertama kalinya tahun ni kami buat sukaneka. Sya handle sukan ni. Bab masak memasak ni mak dan makcik yang uruskan.

Seronok rasanya dapat bersama dan bergembira dengan mereka. Sayangnya dek kerana kesibukan yang melanda Sya tak dapat menangkap sebarang gambar untuk dijadikan memori... My hubby pula time tu sibuk membakar ikan pari...Yang lain pula sibuk dengan tetamu yang hadir. Walau macamana pun kenangan itu tetap utuh tersimpan di dalam lipatan ingatan kami...

Tahun depan awal-awal lagi Mak Ngah dah cop nak buat dirumahnya pula. Mungkin tahun depan adalah gambar-gambar yang akan diselitkan. Sebab masa tu mungkin Sya pula tak sibuk... hi hi...

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogwalking View... Taraaa.. ♥