Daisypath Anniversary tickersDaisypath Friendship tickersDaisypath Friendship tickers

Welcome 2012.. ♥♥

Bismillah... Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012... Bermulanya tahun baru maka bermulalah diari baru dalam hidup seseorang itu. Walaupun 2011 telah berakhir tidak bermakna ia tidak membawa apa-apa kebaikan dalam kehidupan kita. Ingatilah untuk dijadikan pedoman di masa akan datang.

Sudah tidak menjenguk blog ni. Rasa macam dah bersawang sangat... Banyak rasanya cerita yang ingin diupdate di sini.. Tapi rasanya macam dah lupa ingatan... hi hi.. Maklum sajalah dah berkurun... Jadi mana yang sempat and mostly 'ingat' tu sya update di sini...

Sebelum memberitahu perkembangan terkini, sya ingin mengucapkan selamat tahun baru buat semua... Semoga tahun ini mendatangkan seribu kebaikan buat semua. Azam? Hurm... apa agaknya azam tahun ini ya? Yang pasti dan setentunya pasti mestilah ingin menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun yang sudah... Ingin menjadi isteri yang baik.. Isteri yang menepati ciri-ciri isteri di mata suami sya la ye.. Dan ingin menjadi ibu yang baik...Hi hi... Yang lain-lain tu masih lagi mencari.. Ececeh...

Alhamdulillah, ia satu berita gembira buat sya dan keluarga.. Sya kini telah berbadan dua... Dan setakat ini alahan tu tak berapa nak teruk sangatlah.. Cuma beberapa hari yang lepas sya kena food poisoning.. Lepak jugalah rasa badan ni.. Letih yang amat.. Apa-apa pun sya doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.. Kadang-kadang hati ini teruja.. kadang-kadang takut rasanya nak menanti 'saat' tu.. Doa-doakan la ye....



Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

1 comment:

  1. Congrats Kak Sha.. So, 2012 akan terselit another kenangan manis 4 both of u bl permata kurniaan Illahi lahir melihat dunia.. Congrats again.. ^__^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogwalking View... Taraaa.. ♥