Daisypath Anniversary tickersDaisypath Friendship tickersDaisypath Friendship tickers

~ Shopping Time ~

Pagi ni sya nak cerita pasal pengalaman bershopping bersama keluarga baru sya.. Rasa macam panjang pula entri ni. hehe...

Uptown Danau Kota

Jumaat lepas sya dan hubby pergi ke Uptown Danau Kota. Ya Allah! Nak park kereta pun bukan main payah. Jauh pula tu. Tapi memikirkan nak merasai mood raya kami pun redah juga. Memang berasak-asak. Malam semakin berlabuh orang pula semakin ramai. Dan jam 10 lebih hujan mula turun. Semakin lama semakin lebat. Bila lihat cuaca yang tidak mengizinkan, sya dengan hubby buat keputusan untuk balik sahaja. Tapi nak balik satu hal pula. Hujan lebat! Payung pula takde. Kereta pula jauh dari bazar. Hendak tak nak kami pun redah sebab tengok keadaan hujan semakin lebat bukan semakin berkurangan. Habis lecun baju. hehe.. masuk kereta masing-masing da kesejukan. Sebelum sampai rumah kami sempat beli burger tepi jalan. Tiba-tiba teringin.. hehe... Sampai je rumah kami pun terus ngap burger tu walaupun masa tu dah jam 1 lebih. Malam tu cuma dapat beli selipar, t-shirt hubby dan blaus tuk sya... Jadilah daripada takde kan?

Jalan TAR & Sogo

Sya pergi siang sabtu hari tu dengan mak mertua, kak ipar & anak sedara. Mak aih, lagi ramai dari kat uptown tu. Lagi sesak. Lepas satu kedai ke satu kedai kami masuk. Dan semuanya penuh dengan pelanggan dan macam-macam ragam. Dari Ariani, Mydin, Butik, Jalan TAR, Semua House dan akhirnya ke Sogo semua kami redah walaupun dengan penuh kepayahan.

Nasib baik jugalah sya pulang tidak dengan tangan kosong. Sya beli tudung dan kuih-muih tuk mak di kampung... Tuk sya sempat juga sambar pakaian dalam.. hi hi... nak raya punya pasal sampai yang dalam pun nak baru... bukan apa rasa teruja pula bila tengok murah tu yang beli. Kuih pula sya beli pun sebab satu balang RM10.. Berbaloi sangatkan~ Kalau tempah dengan kawan-kawan or beli dekat kedai biasa RM25.. Bagi sya mahal sangat lah. Banyak lagi nak pakai duit so buat apalah membazir. Benda yang sama cuma harga berbeza saja. Rasa tu sya tak tau la kan. Tapi setakat sya beli tahun-tahun lepas pun rasa dia memang tak mengecewakan. Sampai rumah semua keletihan tapi gagahkan juga lah ke dapur dan melayan kerenah anak sedara yang sorang tu... hi hi... Ingat malam tu nak pergi jusco tapi tak jadi nak pergi. Semua dah keletihan yang amat....

Jusco Ampang & Carrefour Wangsa Maju

Hari minggu ni juga kami tak lepaskan peluang pergi kedua-dua tempat ini. Minggu shopping katakan so tiap hari keluar shopping. Cuma beli dengan tak je. Kadang-kadang barang yang dicari tak dapat jadi dapat cuci mata jelah. Kat Jusco sya dengan hubby tak beli apa-apa pun. Niat dihati nak belikan t-shirt tuk hubby. Tapi semua yang ada dia tak berkenan. Sya pun ikutkan jelah. Sebab yang nak memakai dia. Mak mertua dgn akak ipar dapatlah juga beli bantal, ayah mertua beli tali pinggang.. (kononnya nak beli seluar tapi beratur panjang cancel beli), anak sedara yang comel tu dapat beli baju (dak kecik ni memang kaki shopping walaupun umur tak masuk 2 tahun lagi).. Sya dengan hubby je tak dapat beli apa-apa.. huhu...

Lepas balik Jusco sya, hubby, akak dan anak buah terus pergi ke carrefour wangsa maju. Hubby nak belikan baju raya!!! Yeahhhh!!! Seronok tak terkata... Dekat sini memang banyak baju. Rambang mata dibuatnya. Tapi sya dah aim satu baju tu... Harga tu sya rasa mahal (bagi sya la...orang lain tak kot). Sampai je kat kiosk tu sya pun pilih la baju yang sama.. Tup-tup harga dah lain pula.. Aik?? Sya dengan hubby masing-masing pandang memandang... Sebelum ni sya pergi gn hubby dia kata harga baju tu RM139... Sekarang ni pula RM179... Patut ke?? Hubby sya dah macam nak hangin.. Tapi dia sabar je. Sya yang setelkan dengan orang kedai tu. Lepas tu dia boleh kata harga ni ikut size? What?? Sepanjang sya shopping tak pernah pula harga ikut saiz... biasa ikut patern dan design baju kan? kalau size xxs RM 139, xs RM179... padahal design sama saiz je berbeza... harga pula tu beza jauh gila... Memang cekik darah la.. Last-last sya tak beli pun.. Sya beli je baju kosong dengan manik. Sya nak buat sendiri. Buat geram hati je balik tu... Memang tak masuk akal kan??

Times Square & Sungai Wang

Malam tu sya dengan hubby keluar lagi sekali tuk cari baju dia. Nasib baiklah jalan malam tu tak jammed. Mungkin semua pergi terawih (kami tak pegi malam tu)... Cari punya cari tak jumpa juga. Kaki dah lenguh sebab nak mengejar masa. Kedai satu persatu dah melabuhkan tirainya. Kami pula semakin laju melangkah. Lepas cari di times square kami beralih ke sungai wang plaza. Kedai dekat sini pun dah banyak yang tutup.. Last-lasti kami pulang dengan tangan kosong juga.. Kesian my hubby tak jumpa lagi baju yang dia nak tu. Time nak cari bukan mainlah tak jumpa. Kalau tak nak tu ada je bersepah-sepah... Encik Suami jangan sedih ye, nanti kita pergi cari sampai jumpa okay!!

Kalau dah jenguk jangan lupa backlink okay
Thanks for reading ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogwalking View... Taraaa.. ♥